PenYamun2..=)

Kamo PelawaT ke & tInggal an Link Kamo kat cnie yer...


 Yg duk Terjenguk2...



Friday, July 1, 2011

bangga!!

assalamulaikum....

hye readers! br jew td haz tgk wall post member sal kat fb....diew postkan :


UPM dinobat sebagai juara Karnival Sukan Masum 2011



alamak! beso plak haz watkan...kih3...tp pew2 pown congrates la geng2 UPM...n haz tau dew member kolej haz yg bertungkus lumus nak mng smpi tahap cmnie....tuk xberjy,ley try ag len thn...=)



petikan dr kosmo:(credit 2 kosmo)


UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) dinobatkan selaku juara keseluruhan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) 2011 yang menutup tirainya semalam.

Daripada 19 acara yang dipertandingkan bermula 18 Jun lalu pada Fasa 1, kontinjen tuan rumah itu muncul juara dalam acara badminton lelaki dan wanita, bola tampar wanita, tenpin boling lelaki dan wanita, hoki, olahraga serta skuasy wanita.

Bagi Fasa II pula yang bermula 25 Jun lalu, UPM unggul dalam acara bola keranjang wanita, karate dan memanah lelaki.

Kejayaan tersebut menyaksikan UPM mengumpul 72 pingat emas, 29 perak dan 30 gangsa.

Berada jauh di kedudukan kedua dengan jumlah pungutan 46 emas, 47 perak dan 39 gangsa ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala Universiti Malaya (UM) pula berada di tangga ketiga dengan 19 emas, 30 perak dan 24 gangsa.

Majlis penutup Karnival Sukan Masum itu semalam dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi di Panggung Percubaan, Dewan Besar UPM, Serdang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan; Timbalan Pengerusi II Masum, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dan Ketua Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail.

Berucap pada majlis tersebut, Radin berkata, penganjuran Karnival Sukan Masum merupakan medan terbaik bagi semua atlet untuk mengukur kemampuan dan keupayaan masing-masing apabila bersaing pada peringkat lebih tinggi.

“Sejajar dengan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang menyasarkan sebanyak 30 peratus atlet negara dihasilkan oleh IPT, maka penganjuran Karnival Sukan Masum perlu dilihat lebih teliti bagi men capai matlamat ini.

“Malah Pusat Kecemerlangan Sukan yang dipelopori oleh pihak kementerian boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan mutu serta kualiti sesuatu bidang sukan dengan pelbagai pengisian dan perkongsian melalui temasya sukan ini,” katanya.

Ujarnya lagi, Karnival Sukan Masum harus dilihat dan diktiraf oleh semua pihak sebagai sebuah kejohanan yang bertaraf tinggi berdasarkan objektif dan matlamat serta peranan yang dicetus melalui penganjuran kejohanan itu.

Karnival Sukan Masum 2011 disertai 4,477 atlet dari 20 IPTA seluruh Malaysia.

Selaku tuan rumah, UPM mempertandingkan 12 acara pada Fasa 1 (18 hingga 24 Jun), manakala tujuh lagi acara berlangsung pada Fasa II (25 hingga 30 Jun).

p/s: menunggu ari tuk balik UPM...

2 Org Doakan Haz Kurus...:

Anonymous said...

tahniah2..syok lah geng upm kan hihi

♥ MISZ hazNie said...

hihi...2 la...
xsabo nak celebrate ngan geng2 kolej yg dh nekkan nmer UPM..=)